China Kecualikan Visa kepada Pengembara Malaysia

2023-11-25 15:23:23  CRI
Share with:

China memutuskan untuk melaksanakan dasar pengecualian visa sepihak kepada pemegang pasport biasa dari Malaysia, Perancis, Jerman, Itali, Belanda dan Sepanyol, mulai 1 Disember 2023 hingga 30 November 2024.

Jurucakap Kementerian Luar Mao Ning dalam sidang media pada Jumaat berkata, dalam tempoh tersebut, pemegang pasport biasa dari enam negara terbabit boleh memasuki China tanpa visa untuk tujuan perniagaan, pelancongan, melawat keluarga dan rakan, serta transit tidak lebih daripada 15 hari.

Langkah itu adalah untuk memudahkan pertukaran lawatan antara kalangan rakyat tempatan dan asing, serta berkhidmat untuk keterbukaan bertaraf tinggi.