Perusahaan Perindustrian China Catat Pertumbuhan Berterusan

2023-11-27 14:12:38  CRI
Share with:

Keuntungan yang diperoleh perusahaan perindustrian berskala besar China pada bulan Oktober naik 2.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, sekali gus menyaksikan pertumbuhan positif selama tiga bulan berturut-turut.

Demikian menurut data yang dikeluarkan Biro Statistik Negara (NBS) hari ini.

Bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini pula, keuntungan perusahaan perindustrian berskala besar menurun 7.8 peratus. Angka itu berkurang 1.2 mata peratusan berbanding tempoh 9 bulan pertama.

Untuk tempoh sama, pendapatan yang diperoleh perusahaan berkenaan naik 0.3 peratus, antaranya bulan Oktober menyaksikan peningkatan sebanyak 2.5 peratus.