Peluang Baharu Muncul Dalam Kerjasama Dengan China Di Bawah BRI - Presiden Uruguay

2023-11-27 12:25:02  CRI
Share with:

Di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), Uruguay yang mempunyai lokasi geografi yang unik dan populasi yang berbilangan besar yang berkaitan erat dengan populasi keseluruhan dalam Pasaran Koman Selatan (MERCOSUR), tidak syak merupakan antara rakan kerjasama strategik terbaik bagi China, kata Presiden Uruguay Luis Alberto Lacalle Pou di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, China berharap memastikan keselalmatan produk dan makanan, manakala pihaknya boleh membekalkan produk yang mesra alam dan berkualiti tinggi. Jika melihat dari produk buatan Uruguay yang dieksport ke China dan produk buatan China yang dieksport ke Uruguay, boleh didapati bahawa kedua-dua pihak mempunyai potensi besar yang saling melengkapi. Maka, ini adalah peluang penting bagi Uruguay.

“Saya yakin, baik penduduk awam mahupun kalangan ahli politik di Uruguay, beranggapan bahawa perlu memperkasa kerjasama dengan China. Kami berharap dapat mencari peluang kerjasama dengan China sepanjang pelaksanaan BRI yang menganjurkan pembinaan bersama,” kata Lacalle dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Uruguay antara negara yang paling awal mengambil bahagian dalam pembinaan bersama BRI. Menyentuh perubahan yang dibawa oleh BRI kepada Uruguay dalam tempoh sedekad lalu, Lacalle berkata ia melakhirkan kesan positif terhadap perdagangan pengeksportan serta hubungan antara kalangan perniagaan dan politik kedua-dua pihak.

“Walaupun mengalami beberapa pentadbiran yang berbeza dalam tempoh sedekad lalu, Uruguay mengekalkan visi yang sama yang sudah dijadikan batu asas untuk mengembangkan hubungan bilateral. Saya menganggap kami sudah menjalinkan hubungan kerjasama yang saling mempercayai, setelah berhemah meraikan perbezaan yang wujud antara kedua-dua negara ini,” tambah beliau.

Untuk rekod, China dan Uruguay menjalin hubungan diplomatik pada tahun 1988. 

Uruguay mengambil bahagian dalam pembinaan bersama BRI pada tahun 2018. 

Kedua-dua negara sudah mencapai kemajuan dan hasil kerjasama yang melimpah dalam kerangka BRI melibatkan bidang sumber tenaga bersih, ekonomi, perdagangan, kerjasama kebudayaan dan sukan serta pertukaran kesenian.