Wang Yi Pengerusikan Mesyuarat UNSC Berhubung Isu Palestin-Israel

2023-11-27 16:09:12  CRI
Share with:

Menteri Luar China Wang Yi akan bertolak ke New York untuk mempengerusikan mesyuarat peringkat tinggi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) berhubung isu Palestin-Israel pada Rabu.

Perkara itu diumumkan jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin dalam sidang media di Beijing, hari ini.

China merupakan negara pengerusi bergilir UNSC bagi bulan ini.