Hamas, Israel Tukar Tahanan Kumpulan Ketiga

2023-11-27 15:03:59  CRI
Share with:

Puak bersenjata Al-Qassam menerusi satu kenyataan mengesahkan pembebasan tahanan kumpulan ketiga pada Ahad membabitkan 13 warga Israel, tiga warga Thailand dan seorang warga Rusia.

Agensi Berita Palestin WAFA pula melaporkan Israel membebaskan 39 warga Palestin di bawah umur pada malam Ahad, yang telah dihantar ke Ramallah dari penjara di Tebing Barat. 

Hamas berkata pihaknya sedang mempertimbangkan untuk membebaskan lebih ramai tahanan sebagai syarat melanjutkan tempoh gencatan senjata di Genting Gaza.