Malaysia Umum Pengecualian Visa 30 Hari buat Pelancong China
2023-11-27 11:45:18 CRI
Malaysia memberikan pengecualian visa selama 30 hari untuk pelawat dari China mulai 1 Disember.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu berkata ia adalah tambahan kemudahan sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China tahun depan.
Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada China yang melaksanakan dasar pengecualian visa sepihak bagi pemegang pasport biasa dari Malaysia mulai 1 Dis ini hingga 30 Nov 2024.
Difahamkan, butiran berhubung pengecualian visa berkenaan akan diumumkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak lama lagi.