China, Korea Selatan Ikrar Galak Perkongsian Kerjasama Strategik

2023-11-27 12:11:16  CRI
Share with:

China bersedia mengukuhkan pertukaran dengan Korea Selatan dan menggalakkan perkongsian kerjasama strategik kedua-dua negara.

Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi apabila bertemu dengan rakan sejawatnya dari Korea Selatan, Park Jin pada Ahad sempena mesyuarat menteri luar China, Jepun dan Korea Selatan di Busan.

Wang berkata dua negara harus bersama-sama menentang amalan mempolitikkan isu ekonomi dan memperalat isu sains dan teknologi.

"Sinergi perlu dibentuk untuk memelihara kestabilan dan kelancaran rantaian perindustrian dan bekalan, sekali gus menggerakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan mencapai kemajuan lebih besar," ujar beliau.

Wang turut menekankan China sentiasa menjadi penstabil kepada situasi di rantau Asia Timur Laut.

"China akan terus memainkan peranan konstruktif dalam usaha meredakan situasi di Semenanjung Korea," tambah beliau.