Menteri Luar China, Jepun Bertemu
Menteri Luar China Wang Yi bertemu rakan sejawatnya dari Jepun Yoko Kamikawa di Busan, Korea Selatan pada Sabtu.
Wang menekankan perlunya konsensus dicapai pemimpin kedua-dua negara dilaksanakan sepenuhnya supaya memastikan hubungan dua hala bergerak di landasan yang betul.
Kedua-dua pihak harus bertindak menjelmakan hubungan strategik yang saling menguntungkan dan menyusun peta jalan dan jadual waktu yang sepadan.
Beijing dan Tokyo turut bersetuju untuk berbincang mengenai pusingan baharu dialog ekonomi peringkat tinggi dan mesyuarat mekanisme perundingan pertukaran sosiobudaya peringkat tinggi.
Antara hasil pertemuan lain adalah mengadakan dialog strategik serta dialog keselamatan China-Jepun dan perundingan berkala antara pihak berkuasa diplomatik pada masa yang sesuai.
Pertemuan itu diatur sempena Mesyuarat Menteri Luar China, Jepun dan Korea Selatan yang dijadual berlangsung pada 26 November.