Ambil Berat Tuntutan, Pulangkan Artifak Jarahan

2023-11-28 15:14:09  CRI
Share with:

Di Dataran Russell di London, terdapat sebuah muzium termasyhur iaitu Muzium British. 

Muzium itu menyimpan lebih lapan juta barang artifak, tetapi ia dilabel 'simbol kecurian' kerana sebahagian besar daripadanya adalah berasal dari negara lain.

Banyak negara mengemukakan tuntutan supaya Britain mengembalikan artifak dirampasnya kepada pemilik asal.

Mutakhir ini, Perdana Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis dalam temu bual eksklusif bersama BBC berkata negaranya menuntut Muzium British memulangkan arca marmar Parthenon Temple. 

Menurut Mitsotakis, hak pemilikan tidak boleh dipertikaikan. Arca berkenaan milik Greece dan telah dicuri.

Muzium British boleh dikatakan tempat yang memaparkan sejarah penjajahan Britain.

Kebanyakan koleksi dalam muzium itu adalah bukti Britain menjarah di seberang laut. Antaranya termasuk kira-kira 23,000 barang artifak milik China.

Sejak sekian lama, negara-negara berkenaan tidak pernah berhenti menuntut pemulangan tinggalan sejarah, namun Britain menolak berbuat demikian dengan dalih 'melindungi keselamatan artifak'.

Britain sepatutnya mengambil berat tuntutan sah negara-negara terbabit dan mengembalikan artifak jarahan secepat mungkin. 

Tibanya masa barang-barang artifak yang disimpan di Muzium British pulang ke tempat asal mereka.