Semai "Benih" Penerbangan kepada Kanak-kanak

2023-11-28 16:18:27  CRI
Share with:

AERO ASIA 2023 selama 4 hari yang telah menutup tirainya di bandar Zhuhai, provinsi Guangdong kelmarin, diserikan dengan kehadiran barisan pesawat untuk kegunaan am beserta pertunjukkan aerobatik yang menarik.

Dimaklumkan, terdapat seorang juruterbang aerobatik wanita yang ditugaskan membawa "tarian balet udara" yang menarik, menyerlah dalam temasya terbabit.  

Sebagai satu-satunya juruterbang aerobatik wanita dalam AERO ASIA 2023 , Wang Zhaohuachen mula belajar memandu pesawat pada usia 17 tahun. Dia bukan sahaja menumpu kepada perkembangan kerjayanya sebagai juruterbang, tetapi juga sudi memberi bantuan kepada para penggemar penerbangan, misalnya bersama dengan kawan menulis bacaan kanak-kanak tentang penerbangan, menjana inisiatif impak sosial tentang pengetahuan penerbangan dan menceritakan sejarah penerbangan China. 

Beliau berharap agar menyemai "benih" penerbangan kepada kanak-kanak.