Hamas, Israel Setuju Lanjutkan Gencatan Senjata Dua Hari

2023-11-28 15:24:25  CRI
Share with:

Hamas dan Israel bersetuju melanjutkan tempoh gencatan senjata selama dua hari di Genting Gaza, umum Kementerian Luar Qatar pada Isnin.

Perjanjian gencatan senjata sementara antara kedua-dua pihak berkuat kuasa secara rasmi pada pukul 7 pagi Jumaat lalu.  

Menurut perjanjian itu, semua operasi ketenteraan di Gaza akan dihentikan dalam tempoh empat hari.

Sejak beberapa hari lalu, Hamas dan Israel masing-masing membebaskan sejumlah tahanan.