Li Qiang Ucap Tahniah kepada PM Baharu New Zealand

2023-11-28 14:32:47  CRI
Share with:

Perdana Menteri China Li Qiang mengutus kawat tahniah kepada Christopher Luxon yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri New Zealand pada Isnin.

Li berkata China dan New Zealand merupakan rakan kongsi yang penting bagi satu sama lain. 

Sejak terjalinnya ikatan diplomatik lebih 50 tahun lalu, kerjasama pragmatik kedua-dua negara dalam pelbagai bidang membuahkan hasil memberangsangkan hingga membawa limpahan manfaat kepada rakyat.

Beliau meluahkan kesediaan bekerjasama dengan kerajaan penggal baharu diketuai Luxon untuk mengekalkan pertukaran peringkat tinggi, memperkasa kolaborasi saling untung dan merapatkan interaksi muhibah, sekali gus menggerakkan perkongsian strategik komprehensif China-New Zealand terus melakar kemajuan baharu.