Perkasa Pembinaan Sistem Undang-undang Ehwal Luar: Xi

2023-11-28 16:16:06  CRI
Share with:

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan sesi pembelajaran kolektif mengenai pemerkasaan pembinaan sistem undang-undang berkaitan hal ehwal luar pada petang Isnin.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping ketika mempengerusikan sesi itu berkata usaha berkenaan bukan sahaja keperluan jangka panjang bagi mendorong pembangunan negara kuat dan kebangkitan bangsa menerusi modenisasi ala China, tetapi juga tugas mendesak bagi memperkasa keterbukaan pada tahap tinggi serta menangani risiko dan cabaran luaran.

Beliau menekankan perlunya membangunkan sistem dan keupayaan undang-undang berkaitan hal ehwal luar yang sejajar dengan pembangunan berkualiti dan keterbukaan bertaraf tinggi.