Tanam Sayur-sayuran di Kawasan Gobi

2023-11-29 11:58:57  CRI
Share with:

Kaunti Minqin yang terletak di barat laut China, hampir dikelilingi dua padang pasir yakni Tengger dan Badain Jaran di sebelah timur, barat dan utara.

Pada masa dahulu, sebanyak 94.5% tanahnya pernah dikesan mempunyai masalah hakisan tanah. 

Pasangan Xu Ercai dan Chen Yin sebagai anak kelahiran Minqin, bersusah payah mencari rezeki di kawasan gobi pada tempoh hampir 30 tahun yang lalu, dan selalu berasa gelisah kerana pulangannya kurang memuaskan akibat landskap yang buruk.

Pada tahun 2017, China mula melaksanakan skimpembangunan desa. Pasangan Xu-Chen membuat keputusan untuk menanam sayur-sayuran di bawah penguatkuasaan sejumlah dasar insentif yang mesra petani.