Xi Buat Tinjauan di Shanghai

2023-11-29 21:22:44  CRI
Share with:

Presiden Xi Jinping melakukan tinjauan di Shanghai, timur China dari Selasa hingga Rabu.

Semasa berada di bandar itu, Xi meninjau Bursa Hadapan Shanghai, pameran hasil inovasi teknologi dan komuniti perumahan sewa bersubsidi kerajaan.

Beliau turut dimaklumkan mengenai usaha Shanghai dalam mengukuhkan daya saing selaku pusat kewangan antarabangsa, menggerakkan pembangunan pusat inovasi teknologi global serta pelaksanaan projek perumahan sewa bersubsidi kerajaan.