Barang Bantuan Kecemasan China Diangkut Menuju ke Gaza

2023-11-30 12:41:48  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping ketika menghadiri sidang kemuncak khas BRICS mengenai isu Palestin-Israel pada minggu lalu, pernah mengumumkan bahawa China akan menghulurkan bantuan kemanusiaan kecemasan termasuk makanan dan ubatan ke kawasan Gaza melalui Mesir demi meredakan ketegangan situasi kemanusiaan di sana.

Semangat Xi turut diterjemahkan melalui tindakan China yang menghantar lapan lori muatan barang bantuan kecemasan yang melibatkan makanan tin, biskut, madu, oat dan air minuman bertolak menuju ke Gaza melalui El Arish dan pintu sempadan Rafah di Mesir pada 28 November.

Selain itu, pejabat China ke Palestin sebagai wakil rasmi negaranya menandatangani sijil penyerahan kiriman wang tunai sebanyak USD1 juta (RM4.65 juta) dengan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) pada Rabu.