Tinjauan CGTN: 91.4 Peratus Responden Sanjung Usaha China Tangani Perubahan Iklim

2023-11-30 22:21:35  CRI
Share with:

Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) atau dikenali sebagai COP28 membuka tirainya di Dubai hari ini.

Satu tinjauan pendapat umum membabitkan warganet seluruh dunia yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) mendapati 90.3 peratus responden berpendapat tiada mana-mana negara mampu mengecualikan diri daripada isu iklim, dan multilateralisme merupakan jalan keluar asas bagi menangani isu berkenaan.

Di samping itu, 91.4 peratus responden menyanjung usaha China dalam menggalakkan tadbir urus iklim sejagat.

Hasil tinjauan juga menunjukkan 83 peratus responden menganggap pelepasan karbon berlebihan memburukkan perubahan iklim dan kesulitan itu perlu diatasi menerusi pembangunan lestari yang berkualiti tinggi.

Menurut UNFCCC, negara maju merupakan sumber pelepasan gas rumah hijau terbesar dunia dalam sejarah dan juga pada masa ini. Negara maju dan negara membangun perlu mengikut prinsip ‘tanggungjawab bersama tetapi berbeza’.

Sebanyak 88.5 peratus responden bersetuju dengan perkara ini dan menganggap negara maju memikul tanggungjawab lebih besar terhadap krisis perubahan iklim yang berpunca daripada tangan manusia.

Sementara itu, 80.1 peratus responden berasa kecewa terhadap amalan negara maju menangguhkan atau memperlahan bantuan kepada negara membangun dalam isu iklim.