UNSC Anjur Mesyuarat Peringkat Tinggi Berhubung Isu Palestin-Israel

2023-11-30 15:39:43  CRI
Share with:

Dunia wajar memberi perhatian terhadap bencana kemanusiaan yang berlaku di Genting Gaza.

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres ketika berucap pada mesyuarat peringkat tinggi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung isu Palestin-Israel pada Rabu.

Menurut beliau, bantuan kemanusiaan yang disalurkan kepada Gaza masih tidak mencukupi pada masa ini.

Beliau menyeru supaya lebih banyak lintasan sempadan dibuka dan prosedur berkenaan dipermudah secepat mungkin bagi memastikan barang bantuan masuk ke Gaza dengan lancar.

Guterres turut menggesa pihak berkonflik membebaskan semua tahanan dengan segera tanpa sebarang syarat.