Persidangan Perubahan Iklim PBB Buka Tirai di Dubai

2023-12-01 11:30:08  cri
Share with:

Persidangan ke-28  Pihak-pihak "Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB" (COP28) telah membuka tirai di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Upacara perasmian untuk "Pavilion China" dan side event yang bertemakan "Praktik Tamadun Ekologi dan China Indah" diadakan di Dubai pada hari yang sama.

Menteri Ekologi dan Persekitaran China, Huang Runqiu dalam ucapannya mengatakan bahawa kerajaan China sentiasa mengambil berat terhadap pembinaan tamadun ekologi, memegang dan melaksanakan konsep "Gunung Hijau dan Air Jernih Bagaikan Gunung Emas dan Perak". 

Beliau berharap persidangan kali ini akan terus menegakkan amalan multilateralisme, membalas seruan dan permintaan dari negara-negara membangun, mendorong negara-negara maju untuk mencapai pakej penyelesaian dan pelaksanaan Perjanjian Paris secara komprehensif dan berkesan.

Utusan Khas China bagi Hal Ehwal Perubahan Iklim , Xie Zhenhua pula berkata, China akan terus memberi sumbangan yang lebih besar dalam membina dunia yang berkembang secara berterusan, hijau dan indah melalui tindakan pantas dan langkah kerjasama Selatan-Selatan dan Selatan-Utara.

Bekas Naib Setiausaha Agung PBB, Erik Solheim menyatakan bahawa China merupakan pelopor di pentas dunia dalam bidang perlindungan alam sekitar dan boleh diteladani negara lain.