Xi Mahu Pembangunan Bersepadu Delta Sungai Yangtze Diperkasa

2023-12-01 12:49:44  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mempengerusikan simposium mengenai pemerkasaan pembangunan bersepadu Delta Sungai Yangtze yang berlangsung di Shanghai pada Khamis.

Xi memberi penekanan tentang usaha memacu pembangunan bersepadu Delta Sungai Yangtze, mempertingkat keupayaan inovasi, daya saing perindustrian dan kualiti pembangunan, di samping mewujudkan landskap baharu pembaharuan dan pintu terbuka pada tahap lebih tinggi.

Menurut beliau, usaha berkenaan amat signifikan bagi membentuk paradigma pembangunan baharu, memacu pembangunan berkualiti tinggi serta mendorong pembinaan negara kuat secara menyeluruh dan kebangkitan bangsa menerusi modenisasi ala China.

Beliau menuntut supaya usaha dijalankan bagi menyelaraskan inovasi teknologi dengan inovasi perindustrian, ketersambungan perkakasan dengan koordinasi mekanisme dan perlindungan alam sekitar dengan pembangunan ekonomi ke arah menjayakan pembangunan bersepadu Delta Sungai Yangtze.