Bandar Yueyang, Tempat Habitat bagi Burung Hijrah pada Musim Sejuk

2023-12-01 09:16:39  CRI
Share with:

Pada awal musim sejuk semasa ini, sebanyak beribu-ribu swan berhijrah ke tanah lembap Tasik Donggu di bandar Yueyang, provinsi Hunan mutakhir ini.

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan tempatan mempergiat usaha perlindungan alam sekitar, seperti memulihkan tanah pertanian menjadi hutan dan membaiki persekitaran tanah lembap, dan ini secara tidak langsung menarik banyak burung berhijrah ke sini untuk mengelakkan cuaca dingin pada musim sejuk.