China Aktif Sumbangkan Tenaga kepada Tadbir Urus Iklim Global

2023-12-01 12:39:10  CRI
Share with:

Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim (COP28) berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 30 November hingga 12 Disember.

Persidangan ini akan meneliti kemajuan yang tercapai dalam pelaksanaan Perjanjian Paris di seluruh dunia buat pertama kalinya.

China sentiasa bertindak pantas dalam menangani isu perubahan iklim, dan menyumbang kepada usaha tadbir urus iklim dalam senario global melalui pembangunan yang berkualiti tinggi, hijau dan karbon rendah. 

Keamatan pelepasan karbon di China pada tahun 2022 telah menurun lebih daripada 51% berbanding tahun 2005.

Selain itu, jumlah kenderaan elektrik bateri (BEV) untuk kegunaan harian mencatat 16.2 juta di seluruh negara setakat bulan Jun lalu, hasil promosi yang dipergiatkan China dalam bidang tersebut sejak sekian lama.  

Boleh dikatakan bahawa lebih separuh dari jumlah keseluruhan BEV di dunia ini beroperasi di tanah China.

China juga menumpu perhatian kepada pembangunan hijau di bawah kerangka Inisiatif Jalur dan Laluan yang menganjurkan pembinaan bersana dan hendak berusaha bersama masyarakat antarabangsa dalam menyahut cabaran perubahan iklim dan bersama-sama memperjuangkan sasaran pembangunan mampan.