Xi Ucap Takziah Pemergian Henry Kissinger

2023-12-01 11:43:05  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping merakamkan ucapan takziah kepada rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS) Joe Biden atas pemergian bekas Setiausaha Negara Henry Kissinger, pada Khamis.

Xi mewakili kerajaan dan seluruh rakyat China menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mendiang.

Menurut beliau, mendiang merupakan ahli strategi yang tersohor serta kenalan lama dan kawan baik buat rakyat China.

Setengah abad lalu, mendiang yang bervisi strategik membuat sumbangan signifikan kepada normalisasi hubungan China-AS, yang turut memanfaatkan dua negara dan mengubah dunia.

Xi memuji mendiang menjadikan penggalakan hubungan China-AS dan persahabatan sesama rakyat sebagai usaha sepanjang hayatnya.

Nama mendiang akan sentiasa dikaitkan dengan hubungan China-AS, kata beliau sambil menambah jasa mendiang pasti akan dikenang rakyat China sampai bila-bila.

Xi turut berkata China bersedia bekerjasama dengan AS untuk mengeratkan tali persahabatan dalam kalangan rakyat, mendorong hubungan dua negara berkembang sihat dan mantap, sekali gus memberi sumbangan yang sewajar kepada keamanan dan pembangunan dunia.