"Buatan China" Menyerlah dalam AERO ASIA 2023

2023-12-01 14:03:30  CRI
Share with:

AERO ASIA 2023 yang berlangsung selama empat hari telah menutup tirainya di bandar Zhuhai, provinsi Guangdong pada 26 November lalu. 

Pameran yang bertemakan "merealisasikan impian penerbangan anda" itu telah menyaksikan penglibatan 268 syarikat penerbangan awam dan dron dari 27 buah negara dan rantau yang mempamerkan 92 kenderaan udara. 

Sementara itu, kontrak bernilai RMB7.3 bilion (RM4.79 bilion) melibatkan 239  kapal terbang telah ditandatangani dalam 32 aktiviti termasuk mesyuarat dan forum.

Selain itu, sistem bantuan kecemasan yang merangkumi pesawat pelbagai jenis, seperti AG600 Kunlong, helikopter siri AC dan dron rangkaian Yilong dilaporkan menjadi tarikan besar bagi pengunjung.