'Kebijaksanaan Kissinger' Khazanah Berharga Buat AS

2023-12-01 14:27:29  CRI
Share with:

Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Henry Kissinger meninggal dunia pada usia 100 tahun pada Rabu.

Presiden Xi Jinping dalam kawat takziah kepada rakan sejawatnya Joe Biden berkata, nama mendiang akan sentiasa dikaitkan dengan hubungan China-AS dan jasa mendiang pasti akan dikenang rakyat China sampai bila-bila.

Selaku ahli strategi tersohor selepas Perang Dunia II, Kissinger telah membuat sumbangan signifikan kepada perhubungan diplomatik China-AS serta usaha pengantaraan bagi meredakan situasi di rantau Asia Barat.

Usaha mendorong normalisasai hubungan China-AS antara prestasi paling cemerlang sepanjang kerjaya diplomasi beliau.

Penulis buku biografi Kissinger, profesor sejarah dari Universiti Vanderbilt Thomas A. Schwartz beranggapan bahawa apa yang benar-benar dibawa Kissinger kepada kerajaan AS adalah pemahaman tentang China berasaskan penghargaan terhadap sejarah dan budaya negara Tembok Besar.

Kissinger berpendapat bahawa budaya China tidak mempunyai sifat faham perluasan kuasa. Ia bercirikan masyarakat introversi dan AS harus berhubungan dengan negara itu.

Tatkala dunia berdepan perubahan yang tidak pernah berlaku dalam tempoh seabad, hubungan China-AS memperlihatkan trend pemulihan yang mantap. 

Walaupun terdapat perbezaan antara China dengan AS, namun ia dapat diatasi menerusi strategi diplomatik yang bijak. Inilah khazanah paling berharga yang ditinggalkan Kissinger kepada AS.

Jalinan hubungan yang saling menguntungkan serasi dengan kepentingan bersama kedua-dua negara dan juga disambut baik masyarakat antarabangsa.