Gencatan Senjata Sementara di Gaza Tamat

2023-12-01 17:00:29  CRI
Share with:

Gencatan senjata sementara antara Hamas dengan Israel tamat pada pukul 7 pagi Jumaat.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata pihaknya telah memulihkan pertempuran dengan Hamas di Genting Gaza.

Tentera Israel juga mendakwa wilayah negara itu diserang beberapa butir peluru roket yang dilepaskan dari Gaza. 

Jet pejuang Israel dilaporkan melancarkan serangan ke atas sasaran Hamas di Gaza.