2023 Tahun Paling Panas dalam Rekod: WMO
2023-12-01 14:32:20 CRI
2023 merupakan tahun paling panas yang pernah direkod dalam sejarah manusia, menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).
Data setakat hujung Oktober menunjukkan suhu purata global bagi tahun ini kira-kira 1.4 darjah Celsius lebih tinggi berbanding paras dicatat pra-perindustrian.
WMO memberi amaran bahawa fenomena El Nino yang berlaku awal tahun ini mungkin memburukkan lagi keadaan pemanasan tahun depan.
Versi tentatif Laporan Keadaan Iklim Global 2023 disiarkan sempena Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP28) yang membuka tirainya di Dubai pada Khamis.