Pembangunan Berkualiti China Bawa Kedinamikan: Presiden Shiseido

2023-12-02 17:07:47  CRI
Share with:

Pembangunan berkualiti China menyuntik kedinamikan kepada ekonomi dunia, kata Presiden Shiseido China, Toshinobu Umetsu.

Beliau berkata pembaharuan dan pintu terbuka yang dilaksanakan di China selama 45 tahun memberi manfaat kepada sejumlah besar syarikat asing termasuk Shiseido.

Dalam temu bual bersama Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) sempena persidangan 'Understanding China' di Guangzhou, Umetsu menyatakan ekonomi China terus berkembang, menyaksikan jumlah pengguna semakin bertambah dengan permintaan terus dinaik taraf.

Beliau turut memuji China merupakan platform yang baik bagi syarikat asing melakukan inovasi dan mengembangkan sayap.