Pentingnya Memahami Kelebihan Keinstitusian China: Neil Bush

2023-12-02 15:23:14  CRI
Share with:

Pemahaman mendalam tentang kelebihan keinstitusian China merupakan kunci bagi memahami China, kata pengasas Yayasan George H. W. Bush bagi Hubungan Amerika Syarikat-China, Neil Bush. 

Neil berkata, di bawah pimpinan Parti Komunis China, negara Tembok Besar mencapai pembangunan besar dan mendahului negara lain dalam banyak bidang seperti teknologi Internet dan tenaga bersih. 

Semasa diwawancara Rangkaian Televisyen Global China (CGTN), Neil menyatakan trend pembangunan China yang diterajui pemodenan bercirikan China tidak boleh dibendung. 

"China dan Amerika Syarikat harus berganding tangan untuk mengatasi masalah didepani umat manusia dalam bidang seperti keselamatan, perlindungan alam sekitar dan kecerdasan buatan," tambah beliau.