Presiden CMG Terima Anugerah Pencapaian Cemerlang Pertukaran Budaya

2023-12-03 15:01:33  CRI
Share with:

Presiden Kumpulan Media China (CMG) Shen Haixiong menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang bagi Pertukaran dan Kerjasama Budaya Antarabangsa daripada kerajaan Argentina.

Anugerah itu diberikan sebagai menghargai dedikasi beliau dalam usaha menggalakkan pertukaran budaya dan mengukuhkan ikatan muhibah sesama rakyat dua negara.

Duta Argentina ke China Sabino Vaca Narvaja mewakili Presiden Argentina Alberto Fernandez menyampaikan anugerah berkenaan kepada Shen pada Jumaat.

Fernandez dalam ucapannya menerusi pautan video berkata rakyat China sentiasa menghulurkan tangan membantu tatkala Argentina berdepan kesukaran dan bergerak seiringan untuk memperkukuh jalinan persahabatan antara kedua-dua negara.

Shen dalam ucapannya pula menyatakan selaku media arus perdana bertaraf dunia, CMG telah membina mekanisme kerjasama jangka panjang dengan beberapa media utama dan pertubuhan bukan kerajaan di Argentina. 

CMG akan terus giat memperdalam pertukaran sosiobudaya antara China dengan Argentina dan menyumbang kepada perkembangan hubungan dua hala pada era baharu.