Xi Utus Tahniah Perasmian Forum Liangzhu

2023-12-03 15:29:23  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mengirim surat tahniah sempena perasmian Forum Liangzhu edisi pertama.

Beliau berkata tapak peninggalan Liangzhu merupakan demonstrasi kepada sejarah tamadun China selama 5,000 tahun dan juga khazanah tamadun dunia.

Menurut beliau, saling hormat, bersolidariti dan wujud bersama secara harmoni merupakan jalan tepat bagi perkembangan tamadun manusia.

Xi menyeru semua pihak memanfaatkan platform forum itu untuk memperdalam dialog dengan negara-negara terlibat dalam Inisiaitf Jalur dan Laluan (BRI), melaksanakan Inisiatif Peradaban Global (GCI) dan memperkasa pertukaran dan saling belajar sesama tamadun.

Para peserta juga diharap mempromosikan visi peradaban berlandaskan kesaksamaan, saling belajar, dialog dan keterangkuman bagi membolehkan tamadun berlainan wujud secara harmoni.

Bertemakan 'Implementing the Global Civilization Initiative, Promoting Exchanges and Mutual Learning Between Civilizations', forum itu membuka tirai di Hangzhou, provinsi Zhejiang, timur China hari ini.