Gempa Bumi 7.4 Magnitud Landa Filipina

2023-12-03 16:41:03  CRI
Share with:

Gempa bumi berukuran 7.4 magnitud melanda perairan berhampiran wilayah Surigao Del Sur, Filipina pada malam Sabtu.

Setakat ini, seorang dilaporkan maut dan dua yang lain cedera dalam gempa bumi itu.

Menurut Jabatan Pertahanan Awam (OCD) Filipina, bandar-bandar yang terjejas masih belum menyerahkan data statistik berkaitan keadaan bencana.

Penduduk yang dipindahkan susulan amaran tsunami telah kembali ke rumah mereka, dan penilaian terhadap keadaan kerosakan masih dijalankan ketika ini.