Perjuangan Melawan Penjajahan Belum Berjaya

2023-12-04 16:53:17  CRI
Share with:

Britain menolak memulangkan ukiran marmar Kuil Parthenon kepada Greece, juga tak mahu memulangkan Kepulauan Chagos kepada Mauritius. Britain selalu berusaha menampilkan imejnya sebagai “gentleman” yang bersopan satun, tapi hingga sekarang tidak mahu melepaskan “kecemerlangan” zaman penjajahan yang penuh keganasan terhadap negara lain.

 

Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak membatalkan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Greece, Kyriakos Mitsotakis yang dijadualkan pada minggu lalu, sebab Misotakis menyatakan Britain patut memulangkan ukiran marmar Kuil Parthenon ketika ditemu ramah oleh BBC.

 


Satria sendiri pernah melawat pavilion China dalam The British Museum. Museum ini mempunyai lebih 23 ribu item artifak purba dari China yang dipamerkan hanya sebahagian kecil saja. Secara terus terang, perasaan kurang baik ketika melihat budaya cemerlang negara sendiri dipamarkan dalam muzium negara lain. Khusus saya tahu dengan jelas kebanyakannya dirampas atau dicuri dari China. Oleh itu saya amat memahami perasaan Kyriakos Mitsotakis.

 

Sunak berasal dari tanah jajahan Britain. Dalam The British Museum juga tersimpan puluhan ribu item barangan warisan budaya yang dicuri atau dirampas dari India. Tapi nampaknya semua ini sengaja terlupa oleh Sunak yang menyifatkan diri sendiri sebagai seorang “gentleman” Britain, bahkan dengan sikap sombong untuk menolak bertemu dengan tetamu yang datang untuk meminta artifak yang dicuri dari Greece dipulangkan.

 

Ukiran cantik dalam Kuil Parthenon dipotong dan dibawa balik oleh Thomas Bruce, diplomat Britain dengan apa yang disifatkan sebagai “a creative act” pada awal abad ke-19. Seterusnya The British Museum membeli ukiran marmar tersebut secara “sah”.

 

Manakana anaknya, James Bruce membawa tentera sekutu Britain-Perancis menduduki Beijing, membakar hingga menghancurkan Taman Yuanming pada 1860 dan merampas sejumlah besar hasil peninggalan sejarah China. Kebanyakan artifak tersebut kini juga dipamerkan dalam The British Museum.

 

Itulah keluarga "bangsawan" dan “gentleman” Britain.

 

Baru-baru ini, media Britain juga mendedahkan bahawa Menteri Pertahanan negara itu, Grant Shapps merancang membatalkan pelan memulangkan Kepulauan Chagos kepada Mauritius. Untuk menyelesaikan masalah tinggalan kemerdekaan Mauritius daripada penjajahan Britain, Perhimpunan Agung PBB meluluskan resolusi 73/295 pada 2019 menuntut Britain memulangkan kepulauan tersebut kepada Mauritius. Kementerian Luar Britian pernah membincangkan resolusi tersebut, bagaimanapun pelan ini mendapat bantahan keras Grant Shapps.

 

Pangkalan ketenteraan Diego Garcia yang kini disewa oleh Amerika Syarikat dari Britian berada di pulau yang paling besar di Kepulauan Chagos. Ia juga merupakan pangkalan ketenteraan AS terbesar di Lautan Hindi.

 

Itulah negara G7 yang berusaha mengawal “tata tertib antarabangsa berasaskan peraturan”.

 

Satu tinjauan pendapat umum membabitkan warganet seluruh dunia yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) mendapati 80.8 peratus responden berpendapat artifak dirampas dari luar negara yang disimpan di Muzium British tidak mempunyai justifikasi sama sekali.

 

Sementara itu, 90.3 peratus responden menganggap artifak yang dirampas melalui penjajahan dan perang perlu dipulangkan kepada negara pemilik asal seawal mungkin.

 

Sidang Kemuncak Liga Afrika bersama Komuniti Caribbean yang diadakan di Ghana baru-baru ini menuntut ganti rugi untuk lebih 12 juta hamba Afrika pada zaman penjajahan.

 

Sistem penjajahan nampaknya terhancur pada abad-19, tapi perjuangan untuk melawan penjajahan belum berjaya hingga hari ini.