Xi Ditemui Lukashenko di Beijing

2023-12-04 15:13:28  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah ditemui rakan sejawatnya dari Belarus, Alexander Lukashenko di Beijing hari ini.

Xi menyatakan bahawa China sentiasa berpandangan jauh melihat hubungan dengan Belarus dari segi strategi, teguh menyokong Belarus memacu pembangunan dengan menempuh jalan yang selaras dengan tata hukum negara sendiri, dan menentang campur tangan dari kuasa luar terhadap urusan dalaman Belarus. China mahu terus mempertingkat koordinasi strategik dengan Belarus, teguh menyokong antara satu sama lain, bertindak pantas mendorong kerjasama dan memperkasa hubungan bilateral.

Xi mengalu-alukan penglibatan Belarus dalam pembinaan bersama di bawah InisiatifJalur dan Laluan (BRI) dan berharap agar negara itu boleh memperoleh lebih banyak peluang pembangunan. Hendaklah melaksanakan projek taman industri China-Belarus dengan baik untuk membuahkan hasil yang semakin banyak dalam kerjasama perindustrian kedua-dua pihak, dan mempermudahkan pengangkutan rentas sempadan untuk menggalakkan hubungan ekonomi serta perdagangan dan pertukaran keanggotaan. 

Xi menambah, China dan Belarus merupakan penggerak utama dalam pembaharuan dan pembinaan sistem tadbir urus sejagat. China bersedia meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dalam mekanisme pelbagai pihak termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai, menggerakkan pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Sejagat, Inisiatif Keselamatan Sejagat dan Inisiatif Peradaban Sejagat serta menggerakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Lukashenko dalam pertemuan itu pula menyatakan bahawa Belarus nekad mengembangkan hubungan dengan China dan akan mendorong Perkongsian Strategik Komprehensif Sepanjang Masa Belarus-China berkembang maju. Pihaknya yang penuh keyakinan kekal ikut serta dalam pelbagai inisiatif sejagat saranan Presiden Xi termasuk BRI yang merupakan usaha mulia yang mampu menjana insiatif impak sosial di pentas dunia.  

Kedua-dua pemimpin juga telah bertukar-tukar pendapat mengenai krisis Ukraine.