Saluran Pengangkutan "China-Laos Railway + China-Europe Railway Express" Tersambung

2023-12-04 15:03:40  CRI
Share with:

Dua kereta api untuk perjalanan "China-Eropah + Lancang-Mekong Railway Express", iaitu satu muatan kargo antarabangsa  dan satu lagi yang penuh dengan muatan bijirin dari Laos, berlepas dari Stesen Mohan, China secara serentak pada pagi Ahad.

Ketersambungan laluan emas Kereta Api China-Laos yang telah beroperasi selama dua tahun dengan saluran logistik antarabangsa Kereta Api China-Eropah, menandakan terbentuknya jaringan landasan kereta api yang menghubungkan Asia dengan Eropah, iaitu "Asia Tenggara-Kunming-Chengdu-Eropah".

Kereta api muatan kargo antarabangsa untuk perjalanan "China-Eropah + Lancang-Mekong  Railway Express" yang merangkumi landasan Kereta Api China-Laos tersebut, membawa produk bijih bukan logam dari Rusia sebanyak 32 gerabak berlepas dari Moscow, Rusia dan masuk wilayah China melalui Pelabuhan Manzhouli, kemudian berjalan menuju ke Stesen Chengxiang,  seterusnya menuju ke Stesen Mohan melalui landasan Kereta Api Chengdu-Kunming dan Kereta Api China-Laos untuk keluar wilayah China. Apabila singgah di Stesen Kereta Api Selatan Vientiane, kereta api tersebut akan ditukar beroperasi di landasan meter-gauge dan akhirnya tiba di Stesen Map Ta Phut di Bangkok, Thailand.

Keseluruhan perjalanan ini mengambil masa selama kira-kira 22 hari, iaitu boleh menjimatkan kira-kira 20 hari berbanding dengan pengangkutan tradisional melalui laluan laut.

Perjalanan pertama "China-Eropah + Lancang-Mekong Railway Express" tersebut menandakan terbentuknya saluran pengangkutan kereta api antarabangsa "China-Laos Railway + China-Europe Railway Express".

Pada masa yang sama, kereta api khas dengan mautan bijirin (jagung) dari Laos yang pertama berlepas dari Stesen Mohan juga menandakan satu permulaan baharu dalam landskap pengangkutan bijirin Laos.