Keterbuaan China Bawa Peluang kepada Negara di 'Selatan Global' - Kata PM Cuba

2023-12-04 13:05:30  CRI
Share with:

Perdana Menteri Cuba Manuel Marrero Cruz berkata pengalaman pembangunan China patut dipelajari oleh negaranya. Keterbukaan serta visi global China membawa peluang kepada negara-negara di 'Selatan Global'.

Beliau berkata demikian ketika menerima wawancara ekseklusif bersama Kumpulan Media China (CMG) di Beijing baru-baru ini.

Dalam rangka lawatan julung kalinya ke China sejak dilantik sebagai Perdana Menteri, Marrero memberikan penilaian tinggi terhadap Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-6 yang diadakan di Shanghai mutakhir ini.

Beliau menyifatkan CIIE sebagai platform terbuka dan inklusif, di mana negara-negara di seluruh dunia boleh memperoleh peluang. 

"Saya sangat berpuas hati dengan lawatan ke China kali ini. Saya berbesar hati dapat menghadiri CIIE di Shanghai kerana ia pameran terbaik dan berskala paling besar dalam pameran seumpama di seluruh dunia.

"Kami (Cuba) menghantar rombongan ahli perniagaan yang amat besar untuk menyertai CIIE edisi ini dan pavilion Cuba menerima banyak tempahan dari syarikat China." kata Marrero.

Beliau menyatakan bahawa CIIE bukan sekadar satu pameran, ia juga akan memberi pengaruh yang besar kepada hubungan ekonomi dan perdagangan antara Cuba dan China.

Semasa lawatannya ke China kali ini, Marrero menyatakan bahawa China tidak pernah membina tembok tinggi, tidak pernah mengenakan syarat politik, dan tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain. Sebaliknya China berkongsi hasil pembangunannya dengan masyarakat antarabangsa melalui beberapa inisiatif, antaranya Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Peradaban Global. 

"Inilah perbezaan besar antara China dengan Amerika Syarikat (AS). Ia bukan sahaja kerana sistem negara yang berbeza, tetapi juga kaedah China dalam mempamerkan dirinya kepada duni," tambah Marrero . 

Beliau berpendapat bahawa tiga inisiatif global tersebut adalah wawasan dan idea Presiden Xi untuk berkongsi pengalaman pembangunan China dengan dunia.

"Saya yakin dunia memerlukan China," kata Marrero.