Dialog Usahawan Antarabangsa di UAE mengenai Pembangunan Lestari

2023-12-04 13:37:14  CRI
Share with:

Dialog usahawan antarabangsa berhubung pembangunan lestari yang bertema "Strategi perkembangan mampan perusahaan berorentasikan neutral karbon global" telah diadakan semasa berlangsungnya Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim (COP28) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jumaat.

Pada dialog itu, para hadirin menjalankan pertukaran mendalam mengenai topik yang berhubung dengan "kesan neutral karbon global terhadap perusahaan dan tindak balas bagi menghadapinya " dan "inovasi dalam bidang teknologi dan tadbir urus perusahaan bagi mewujudkan neutral karbon".

Mereka menyeru kalangan perindustrian dan perdagangan global untuk menyahut secara aktif Perjanjian Paris dan matlamat tindakan COP28 bagi bersama-sama  menghadapi cabaran perubahan iklim global.

Para perwakilan usahawan juga berkongsi amalan masing-masing tentang pembangunan hijau dan rendah karbon.

Duta Khas China mengenai Hal Ehwal Perubahan Iklim, Xie Zhenhua pada dialog itu menzahirkan harapan agar para usahawan baik dari China mahupun dari negara lain merebut peluang dan mengambil tindakan proaktif dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon dan projek penyahkarbonan rantaian perindustrian dan bekalan bagi menyumbang kepada penanganan perubahan iklim dan pembangunan mampan global.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan Dunia untuk Pembangunan Mampan, Peter Bakker pula menyifatkan dialog ini amat penting berikutan usahawan  dari seluruh dunia termasuk China dapat bekerjasama untuk berkongsi pandangan dan mencari penyelesaian yang boleh dilaksanakan bagi mengatasi isu perubahan iklim global.