Xi Ucap Tahniah kepada Forum Antarabangsa Imperial Springs 2023

2023-12-04 13:18:08  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus surat tahniah kepada Forum Antarabangsa Imperial Springs 2023 yang dirasmikan di Guangzhou hari ini.

Xi menyatakan bahawa sejak penubuhannya, Forum Antarabangsa Imperial Springs telah berjaya menghimpunkan tokoh-tokoh antarabangsa yang berpandangan luas untuk berbincang secara mendalam tentang banyak topik yang melibatkan kedamaian dan kestabilan dunia, pembangunan ekonomi yang mampan dan pembelajaran dan pertukaran budaya, sehingga memainkan peranan yang aktif dalam membantu rakyat saling mengenali hati budi. 

Xi menekankan, berhadapan perubahan dunia, zaman dan sejarah yang tiada tolok bandingnya pada masa lalu, masyarakat manusia perlu bersatu-padu, kekal saling belajar, meningkatkan tahap keterbukaan dan keterangkuman, bekerjasama demi sama menang, di samping mengamalkan nilai-nilai universal untuk bersama-sama membangunkan dunia yang lebih baik. Beliau berharp para hadirin giat menjana inisiatif impak sosial untuk menyokong amalan multilateralisme sekali gus menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.