Bertindak Waspada Kawal Pelayaran Kapal Tempur AS - Teater Selatan China

2023-12-04 14:42:47  CRI
Share with:

Kapal tempur pesisir Amerika Syarikat (AS), USS Gabrielle Giffords menyerbu ke perairan di sekitar terumbu Ren'ai, Kepulauan Nansha China hari ini. Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) di Teater Selatan segera bertindak waspada dan melakukan kawalan sepanjang pelayarannya. 

Menurut jurucakap Teater Selatan, Kolonel Kanan Tian Junli, tindakan biadab Washington yang sengaja meruncingkan ketegangan di Laut China Selatan (LCS), dilihat sudah mencabuli kedaulatan dan keselamatan China, menjejaskan kedamaian dan kestabilan serantau, melanggar norma asas perundangan dan hubungan antarabangsa, dan membuktikan negaranya barulah ancaman terbesar di LCS. 

China mempunyai kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan terhadap pulau-pulau dan perairan sekitarnya di LCS. Pasukan terbabit akan kekal waspada pada tahap tinggi dan tidak berganjak daripada usaha membela kedaulatan dan keamanan negara serta kedamaian dan kestabilan serantau.