Forum Kerjasama Pengurusan Kecemasan China-ASEAN 2023 Dirasmikan di Nanning

2023-12-04 14:42:34  CRI
Share with:

Forum Kerjasama Pengurusan Kecemasan (Keselamatan Kerja) China-ASEAN Tahun 2023 dirasmikan di bandar Nanning, wilayah Guangxi pagi tadi. Para peserta akan mengadakan pertukaran dan perbincangan mengenai pemantauan, pengawalan dan penguatkuasaan sepanjang proses pengeluaran, dengan tujuannya  membantu sektor korporat meningkatkan tahap keselamatan dan jaminan serta memastikan pengeluarannya berjalan lancar.

Dimaklumkan, sempena forum tersebut, siri aktiviti termasuk "Pameran Kelengkapan dan Teknologi Kecemasan China (Guangxi)-Asean" akan turut diadakan.