Wang Yi Ditemui Kumpulan Diplomat Eropah

2023-12-05 11:38:45  CRI
Share with:

Pertemuan pemimpin China-Kesatuan Eropah (EU) bakal diadakan. Kedua-dua pihak sepatutnya berusaha bersama untuk menjayakan pertemuan itu, dan mendorong hubungan dua hala melonjak ke tahap baharu serta memaparkan prospek baharu. Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Menteri Luar , Wang Yi berkata demikian ketika ditemui kumpulan diplomat dari EU dan negara anggota EU ke China.

Ketua delegasi EU ke China dan utusan diplomatik dari pelbagai negara anggotanya menyatakan bahawa pihak Eropah komited mengembangkan hubungannya dengan China ke arah yang konstruktif dan stabil, terus memupuk rasa saling hormat, dan mengekalkan komunikasi dan dialog. Manakala, pertemuan pemimpin China-EU yang bakal diadakan merupakan dialog peringkat tinggi yang penting, dan diyakini akan menjadi kondusif bagi mencapai kemajuan konstruktif dalam perkembangan hubungan dua hala.