Jumlah Hantaran Perkhidmatan Kurier China Cecah 120 Bilion

2023-12-05 15:00:37  CRI
Share with:

Menurut data yang dikeluarkan Biro Pos Negara China hari ini, setakat 4 Disember, jumlah hantaran perkhidmatan kurier China mencipta satu rekod baharu, dengan mencecah 120 bilion buah pada tahun ini.

Sejak tahun 2021, jumlah hantaran perkhidmatan kurier China melepasi paras 100 bilion buah untuk tiga tahun berturut-turut, dan terus mencecah 120 bilion pada tahun ini yang dilihat menunjukkan kemakmuran dan kedinamikan perkhidmatan kurier China sekali gus menyaksikan pasaran penggunaan China terus berkembang ke arah yang baik.