Bela Kewibawaan Perlembagaan, Martabatkan Peranannya dalam Tadbir Urus Negara - Xi

2023-12-05 12:24:11  CRI
Share with:

Hendaklah teguh membela kewibawaan dan kehormatan Perlembagaan China, mendorong penyempurnaan dan perkembangannya, dan memartabatkan peranannya dalam tadbir urus negara, agar memastikan pembangunan modenisasi ala China dan pembangkitan nusa dan bangsa terjamin.

Demikian dinyatakan Setiausaha Agung Parti Komunis China, Xi Jinping sempena Hari Perlembagaan Kebangsaan Ke-10 semalam.

Beliau menegaskan, Perlembagaan China adalah piagam keseluruhan tentang pentadbiran negara, rujukan perundangan yang asas untuk pentadbiran negara yang diterajui Parti, dan peraturan tertinggi dalam bidang politik dan kemasyarakatan di negara ini.