Kereta Api China-Laos Diharap Menjadi Penggalak Pembinaan BRI Serantau

2023-12-05 11:21:21  CRI
Share with:

3 Disember menandakan ulang tahun kedua pengoperasian Kereta Api China-Laos. Data berkenaan menunjukkan bahawa laluan kereta api itu memberi perkhidmatan kepada 24.2 juta penumpang dan menghantar 29.1 juta tan kargo sepanjang dua tahun lalu dan memainkan peranan yang semakin penting sebagai laluan emas.  

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang akhbar pada Isnin berkata, perkhidmatan pengangkutan Kereta Api China-Laos melibatkan 12 negara dalam pembinaan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) termasuk Laos, Thailand, Vietnam, dan Myanmar.  

“ Jumlah kereta api kargo antarabangsa Lancang-Mekong Express yang beroperasi secara berkala melalui landasan Kereta Api China-Laos kini mencatat 400 unit. 

“Model pengangkutan antarabangsa baharu yang membabitkan Kereta Api China-Laos + China-Eropah Railway Express membolehkan masa perjalanan kereta api terus dari negara-negara seperti Laos dan Thailand ke Eropah dipendekkan menjadi 15 hari,” kata Wang.

Wang menambah, saluran antarabangsa utama ini memainkan peranan semakin ketara dalam meningkatkan kesalinghubungan domestik dan antarabangsa, memberi manfaat kepada negara-negara di sepanjang landasan dan menawarkan perkhidmatan yang selamat dan cekap.

“Kami (China) berharap Kereta Api China-Laos memainkan peranan sebagai enjin untuk China dan negara-negara di Semenanjung Indochina untuk memperkasa kerjasama  BRI ke tahap berkualiti tinggi dan memacu pembangunan dan mewujudkan kemakmuran di lebih banyak negara serantau,” kata Wang.