China, Singapura Perhalusi Mekanisme Kerjasama Dua Hala

2023-12-05 15:49:34  CRI
Share with:

Jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin mengumumkan pada Isnin bahawa atas jemputan Ding Xuexiang, ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Naib Perdana Menteri,  Lawrence Wong, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Republik Singapura akan melawat China dari 5 hingga 8 Disember. 

Ding Xuexiang dan Lawrence Wong akan bersama mempengerusikan sejumlah mesyuarat yang akan berlangsung di Tianjin pada 7 Disember seperti Mesyuarat ke-19 Jawatankuasa Bersama China-Singapura mengenai Kerjasama Dua Hala, Mesyuarat ke-24 Majlis Penyelarasan Bersama Taman Perindustrian Suzhou China-Singapura, Mesyuarat ke-15 Majlis Penyelarasan Bersama China-Singapura Tianjin Eco-City dan Mesyuarat ke-7 Majlis Penyelarasan Bersama Projek Kesalinghubungan Strategik China-Singapura (Chongqing).