China, Malaysia Bekerjasama Tangani Cabaran Perubahan Iklim

2023-12-05 15:17:20  CRI
Share with:

Kalau menyebut tentang kerjasama antara China dengan Malaysia, maklumat berhubung buah durian dan sumber alam yang lain banyak kedengaran dalam tempoh dua tiga tahun yang lalu. Tapi isu yang baling banyak dibincangkan kedua-dua negara pada tahun ini adalah EV. Sebenarnya sektor ini lebih dikenali sebagai kenderaan tenaga baharu di China, sebab ia bukan saja menggunakan tenaga elektrik, tetapi juga menggunakan pelbagai tenaga bukan fosil, seperti hydrogen.

 

Baru-baru ini, kawan dari POWERCHINA memberitahu Satria bahawa syarikatnya telah memeterai kontrak dengan Semarak Renewable Energy Malaysia untuk projek pengeluaran dan penyimpanan hydrogen dengan penjanaan kuasa fotovoltaik terapung di permukaan air tasik bekas lombong bijih timah di Perak. Ini hasil kerjasama penting kedua-dua negara dalam bidang hydrogen hijau dan sekali gus memperlihatkan sikap bertanggungjawab serta tindakan pragmatik kedua-dua pihak untuk mengurangkan pelepasan karbon bagi menangani perubahan iklim global.

 

Dalam Persidangan Perubahan Iklim PBB (COP28) yang baru menutup tirai di Dubai, pelbagai pihak Konvensyen Rangka Perubahan Iklim PBB (UNFCCC) buat kali pertama membentangkan inventori Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) berdasarkan Perjanjian Paris yang berkuatkuasa pada tahun 2016.

 

Laporan dari China menunjukkan, jumlah pelepasan karbon pada tahun 2022 di negara ini telah menurun lebih daripada 51% berbanding tahun 2005. Salah satu sumbangan penting bagi pencapaian ini adalah perkembangan kenderaan tenaga baharu. Jumlah pengeluaran dan penjualan kenderaan tenaga baharu di China menduduki No.1 di dunia. Selain itu, jumlah kenderaan tenaga baharu untuk kegunaan harian di seluruh negara melebihi 18 juta unit, juga menduduki No.1 di dunia.

 

Antara kapasiti penjanaan kuasa keseluruhan di China, yang menggunakan tenaga bukan fosil telah melebihi separuh. China juga menghentikan pembinaan loji janakuasa arang batu di luar negara, sebaliknya menyediakan lebih 50% fasiliti tenaga angin dan 80% fasiliti tenaga solar untuk dunia. China juga menyediakan RMB1.2 bilion kepada negara membangun berkenaan untuk meningkatkan keupayaan mereka menghadapi perubahan iklim.

 

Kerjasama antara China dengan Malaysia adalah satu contoh yang baik. Kedua-dua negara aktif menggalakkan inovasi, menjadikan tenaga bersih sebagai penggerak baharu bagi pertumbuhan ekonomi.

 

NDC menggalakkan pelbagai negara menetapkan sasaran sendiri untuk menghadapi perubahan iklim global, menegaskan prinsip tanggungjawab bersama, namun berbeza antara negara maju dengan negara membangun.

 

Tapi faktanya, tindakan dan sikap beberapa negara maju terbukti ketinggalan berbanding negara-negara membangun.

 

Laporan Agensi Alam Sekitar Jerman(UBA) baru-baru ini mengiktiraf bahawa sasaran pengurangan pelepasan karbon 2030 susah dicapai jika berdasarkan tindakan sedia ada.

 

Berhubung dengan Dana Kerugian dan Kerosakan yang diluluskan dalam COP28 kali ini bertujuan untuk menggalakkan negara maju menyediakan sokongan kewangan kepada negara membangun yang terkesan perubahan iklim, UAE sebagai tuan rumah berjanji menyediakan USD100 juta, tambah lagi USD30 bilion untuk menubuhkan satu tabung lagi iaitu ALTÉRRA untuk membantu negara selatan menghadapi perubahan iklim. Manakala AS hanya menyediakan USD24.5 juta, Jepun pula hanya USD10 juta.

 

Pelbagai sekatan perdagangan yang dikenakan oleh negara maju juga mengganggu usaha global menangani perubahan iklim global, misalnya sekatan terhadap fasiliti tenaga solar, bateri dan EV China. Ini juga memperlihatkan sikap yang berbeza negara-negara membangunan seperti Malaysia.

 

Climate Action Network (CAN) yang terdiri daripada lebih 1900 buah NGO perlindungan alam sekitar di dunia telah menganugerahkan “Hadiah Fosil” kepada Jepun, New Zealand dan AS dalam tempoh berlangsungnya COP28 kerana lalai dalam usaha menghadapi perubahan iklim global.