Pemergian Kissinger Indikasi Permulaan Zaman Baharu bagi Hubungan Antarabangsa

2023-12-05 16:15:28  CRI
Share with:

Pemergian Bekas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Henry Alfred Kissinger tidak menandakan berakhirnya suatu era, sebaliknya merupakan indikasi permulaan satu zaman baharu bagi hubungan antarabangsa.

Demikian dinyatakan Naib Ketua Institusi Penyelidikan Inovasi dan Strategi Pembangunan Negara China, profesor Huang Renwei kepada Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.

Dimaklumkan, Persidangan Antarabangsa "Kenali China" 2023 yang bertemakan "langkah baharu China di sebalik perubahan situasi antarabangsa yang drastik - menebus persamaan dan membentuk komuniti berkongsi nasib" telah diadakan di Guangzhou pada hujung minggu lalu.

Menurut Huang, mendiang Kissinger selalu menaruh perhatiannya kepada kestabilan strategi, dan menanti-nantikan pimpinan dunia yang berspesifikasi tinggi serta berpandangan jauh. Sebagai sahabat akrab rakyat China, beliau pernah mengunjungi  negara Tembok Besar sebanyak lebih seratus kali, dan setiap kali pun mendapat faedah yang berbaloi.

"Sebagaimana yang ditekankan Kissinger, kita pastilah boleh mencari pendekatan mengatasi kesukaran pada akhirnya melalui dialog berdasarkan sikap yang terbuka, biarkan betapa banyaknya masalah yang dihadapi," kata Huang.

Tambah beliau, kalangan ahli strategi antarabangsa dipercayai patut dan akan  memainkan peranan yang lebih besar pada saat menghadapi masa depan.