Wang Yi Hadir Majlis Pembukaan Seminar Hak Asasi Manusia

2023-12-06 12:15:13  CRI
Share with:

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Menteri Luar, Wang Yi telah menghadiri majlis pembukaan seminar memperingati ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia dan menyampaikan ucaptama di Beijing pada Selasa.

Wang menyatakan bahawa Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia amat bererti dalam sejarah perkembangan tamadun manusia, dan melahirkan pengaruh mendalam kepada pembangunan usaha jaminan hak asasi manusia dunia. Parti Komunis China dan kerajaan China sentiasa memberikan keutamaan kepada usaha menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia, dan berdasarkan keadaan sebenar di negara sendiri menerapkan nilai universal dalam bidang hak asasi manusia. Saluran pembangunan yang dipilih China dalam bidang hak asasi manusia selaras dengan tata hukum negaranya dan aspirasi rakyat, yang akan teguh digalakkan ke masa hadapan.

Wang menekankan bahawa China akan aktif menyertai tadbir urus dalam bidang hak asasi manusia sejagat, melaksanakan Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia, mengamalkan nilai-nilai universal yang merangkumi kedamaian, pembangunan, kesaksamaan, keadilan, demokrasi dan kebebasan untuk menggerakkan usaha jaminan hak asasi manusia berkembang terus dalam senario global.