COP28 Fokuskan Pembinaan IoE Global

2023-12-06 14:29:49  cri
Share with:

Persidangan ke-28 Pihak-pihak "Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB" (COP28) yang berlangsung di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), menyaksikan perasmian aktiviti bertema yang pertama semalam, yang melibatkan pembinaan Internet sumber tenaga (Internet of Energy--IoE) dalam senario global.

Laporan "Langkah dan Praktik, transformasi inklusif, adil dan fleksibel sumber tanga global" telah diumumkan Pertubuhan Kerjasama Pembangunan Internet Sumber Tenaga Global (GEIDCO). 

Sementara itu, ramai wakil pertubuhan antarabangsa dan pegawai kerajaan ketika diwawancara telah menyanjung tinggi terhadap peranan positif dimainkan China dalam proses transformasi sumber tenaga global.

Menteri Sumber Tenaga Malawi, Ibrahim Matola berkata, peranan besar dimainkan China bukan sahaja dapat dilihat dalam bidang teknologi sains dan inovasi, malah juga dalam bidang pelaksanaan projek berkenaan.


Naib Ketua Setiausaha Pertubuhan Meteologi Sedunia (WMO), Elena Manaenkova pula berkata, pihaknya ikrar menimba pengalaman China dan memanfaatkan praktik serta teknologinya supaya dapat membantu tempat lain di dunia ini dalam menangani isu perubahan iklim.