China Terpilih Lagi Negara Eksekutif IMO

2023-12-06 14:00:04  CRI
Share with:

Terpilihnya China lagi sebagai negara eksekutif Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) kategori A dengan undi majoriti, merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan negara ini dalam tadbir urus maritim global dan pembangunan maritim yang mampan.

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin ketika diminta mengulas tentang perkara itu dalam sidang media di Beijing pada Selasa.

Wang menekankan, China amat mementingkan dan aktif menyokong kerja IMO, dan bersedia bekerjasama dengan pelbagai negara anggota untuk terus mendukung kerangka maritim multilateral yang berpaksikan IMO, serta bersinergi menambah warna kepada landskap pengangkutan maritim yang berkualiti tinggi.

Untuk rekod, China sekali lagi dipilih sebagai negara eksekutif kategori A dengan undi majoriti dalam Perhimpunan Agung IMO ke-33 yang diadakan di London, Britain pada 1 Disember lalu. 

Ini bermakna China akan menyandangkan jawatan itu untuk 18 kali berturut-turut sejak 1989.